“Berani Kerana Benar, Tiada Senjata Lebih Kuat Dari Doa Kepada Allah” – Syed Saddiq

“Berani Kerana Benar, Tiada Senjata Lebih Kuat Dari Doa Kepada Allah” –  Syed Saddiq

Mahkamah Rayuan dijadualkan membuat keputusan terhadap rayuan kes dihadapi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkaitan dana ngkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menerusi hantaan yang dimuat naik di Instagram, Syed Saddiq menegaskan dia tidak akan sama sekali menggadaikan prinsip  dan menjual maruah diri meskipun menerima ujian sejak tahun 2020.

Tambahnya, beliau dan keluarga telah disiasat bermula dengan cubaan sogokan dan berkahir dengan ugutan.

“Esok (hari ini) adalah hari penentuan. Selepas bertahun-tahun berdepan dengan pelbagai tekanan dan ujian, esok (hari ini) Mahkamah Rayuan akan menentukan nasib saya.

“Sejak tahun 2020, saya dan keluarga telah disiasat. Bermula dengan cubaan sogokan, berakhir dengan ugutan.

“Semuanya kerana saya enggan menggadaikan prinsip dan menjual maruah diri.

“Saya tidak menerima sogokan, saya tidak melompat parti, saya tidak meminta kes ini digugurkan, saya tidak cuba melengahkan-lengahkan kes proses mahkamah,” kongsinya.

Namun, Syed Saddiq meletkkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pertolongan yang Maha Esa.

“Berani kerana benar. I look forward to defending my integrity in the court of law.

“Tiada senjata lebih kuat dari doa kepda Allah swt, khusunya pada hari yang istimewa ini,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan dijadualkan membuat keputusan terhadap rayuan kes dihadapi Syed Saddiq berkaitan dana Armada.

Syed Saddiq melalui satu kenyataan memaklumkan akan memulakan proses rayuan selepas menerima penghakiman bertulis daripada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan pasukan peguamnya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik untuk segera melengkapkan rayuan berkenaan.

Mahkamah Tinggi juga telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Saddiq berhubung kes tersebut.

Namun, sekiranya didapati kekal bersalah, beliau masih dapat membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Scroll to Top