am@hmetro.com.my
Kluang: Tujuh sekolah di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pasir Gudang ditutup hari ini, selepas kawasan sekolah terjejas akibat banjir.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, 47 lagi sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Pasir Gudang.
“Sekolah yang dinaiki air dan ditutup, masing-masing tiga di Johor Bahru dan Kota Tinggi. Manakala sebuah sekolah di Pasir Gudang.
“Sementara bilangan sekolah dijadikan PPS merekodkan daerah Pontian paling tinggi iaitu sebanyak 13 sekolah,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana, Simpang Renggam, Kluang di sini, hari ini.
Setakat tengah hari tadi, 10,629 mangsa banjir daripada 3,169 keluarga direkodkan di Kluang, Kota Tinggi, Pontian, Johor Bahru dan Kulai.
© New Straits Times Press (M) Bhd




