“Sedih, Kecewa Tetapi Kami Bersama Awak” – Space Dollah Dedah Syed Saddiq ‘Ready’ Kalau Masuk Penjara

“Sedih, Kecewa Tetapi Kami Bersama Awak” – Space Dollah Dedah Syed Saddiq ‘Ready’ Kalau Masuk Penjara

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman meluahkan perasaannya terhadap kes perbicaraan adiknya melibatkan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Katanya menerusi temu bual yang dikongsikan di platform TikTok, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah berkata, sebagai seorang abang, dia tidak sanggup untuk melihat adiknya itu masuk ke dalam penjara.

Namun, menegaskan Syed Saddiq sudah bersiap sedia jika keputusan tidak berpihak kepadanya kelak.

“Dia dah bersiap sedia kalau dia masuk penjara. Walaupun saya dengan dia banyak perbezaan, tapi saya tak nak tengok adik sendiri masuk penjara. Lain lah kalau dia salah.

“Saya dah kenal Saddiq untuk jangka masa yang sanagt lama dan bila saya tengok orang yang jujur jadi macam ni, saya begitu sedih dan kecewa.

“Tetapi kami akan bersama anda, keluarga, rakan-rakan dan saya pasti rakan-rakan di Muar juga akan dapat nilai sendiri dan biar rakyat di Muar menjadi bukti adakah dia seorang ahli politk yang bertugas kepada rakyat atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Space Dollah juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan dan keyakinannya terhadap kebolehan adiknya itu dalam mengubah negara menjadi lebih baik.

“Saddiq, i love you. Tolong save Malaysia and change the world.

“You have the ability to do so my brother. Saya percayakan anda. Dan akan mendoakan awak,” luahnya.

Terdahulu, media melaporkan, jika Syed Saddiq disabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah pada peringkat ini sedang mendengar hujahan bagi meringankan hukuman yang dibuat oleh peguam belanya, Gobind Singh Deo.

 

Scroll to Top