am@hmetro.com.my
Pasir Puteh: Sebanyak 19 laluan alternatif boleh digunakan pengguna jalanraya yang masuk ke Kelantan melalui daerah Pasir Puteh.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, 19 laluan itu membabitkan empat pintu masuk utama iaitu dari arah Kuala Terengganu/Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu; Pasir Puteh menghala ke Machang/Gerik; Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu dan Pasir Puteh menghala ke Jerteh (jalan kecil).
Katanya, bagi laluan pertama, lima laluan alternatif boleh dilalui iaitu Laluan Jerteh-Simpang Wakaf Lichong-Jalan Pasir Puteh ke Machang/Gerik-Kota Bharu; Laluan Kuala Besut-Tok Bali-Melawi-Kota Bharu; Laluan Pasir Puteh-Beris Lalang-Jelawat-Kota Bharu; Laluan Pasir Puteh-Wakaf Bunut-Kedai Menanti-Pak Badol-Melor dan Laluan Pasir Puteh-Jerus-Kok Lanas.
“Laluan Pasir Puteh menghala ke Machang/ Gerik pula boleh melalui empat laluan lain iaitu Laluan Pasir Puteh-Telosan-Machang; Laluan Pasir Putih-Gaal-Kampung Bukit-Machang; Laluan Pasir Puteh-Jeram Pasu-Chengal Pulas-Machang dan Laluan Pasir Puteh-Wakaf Lichong-Machang.
“Laluan alternatif ini termasuk lorong kecil dan jalan kampung yang kita sudah kenal pasti bagi mengurangkan kadar kesesakan jalan utama di musim perayaan,” katanya.
Zaizul berkata, jalan utama yang ketiga untuk keluar Kelantan ke Terengganu, iaitu dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu, pengguna boleh melalui Laluan Melawi -Tok Bali-Kuala Besut; Laluan Machang-Wakaf Lichong-Bukit Yong-Jerteh; Laluan Pasir Puteh-Semerak-Dalam Rhu-Pachakan-Kuala Besut dan Laluan Kota Bharu-Bypass Pasir Puteh-Bandar Baru Pasir Puteh-Jerteh.
Laluan arah Pasir Puteh menghala ke Jerteh (jalan kecil) pula boleh melalui lima laluan jalan kampung iaitu Pasir Puteh-Sungai Petai-Kampung Bukit Awang-Kampung Air Terjun-Kampung Padang Luas-Jerteh; Pasir Puteh-Kampung Golok-Kampung Beris Baharu-Kampung Beris Pak Abu-Jerteh; Pasir Puteh-Pekan Cherang Ruku-Kampung Tok Saboh-Kampung Beris Lampu-Kampung Beris Baharu-Kampung Beris Pak Abu-Jerteh; Pasir Puteh-Kampung Sungai Petai-Kampung Dalam Huma-Kampung Beris Pak Abu-Kampung Denger-Jerteh dan Pasir Puteh-Kampung Sungai Petai-Kampung Air Terjun-Kampung Denger-Jerteh.
“Perantau juga dinasihatkan merancang perjalanan dan boleh melalui laluan alternatif yang kita sudah sebarkan menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Pasir Puteh bersama beberapa agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




