“Makeup Pun Nak Pegang Tangan…” – Awal Ashaari Usik Aksi Romantis Ameera Khan & Jefri Nichol

“Makeup Pun Nak Pegang Tangan…” – Awal Ashaari Usik Aksi Romantis Ameera Khan & Jefri Nichol

Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan semakin hangat memaparkan kisah cintanya bersama aktor tampan Indonesia, Jefri Nichol kepada umum lebih-lebih lagi selepas timbul dakwaan mengatakan mereka telah berpisah, Mac lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Ameera memuat naik beberapa foto bersama Jefri ketika mereka sedang ‘makeup’ sambil memegang tangan.

Menjengah ke ruangan komen, pengacara, model dan pelakon, Awal Ashaari mencuri perhatian yang tampil mengusik pasangan sejoli itu saling berpegangan tangan.

“Makeup pun pegang tangan.. Okay la nak suruh Kak Scha pegang tangan abang jangan lepas,” tulisnya.

Komen yang ditinggalkan oleh aktor filem Syurga Cinta itu telah mencuit hati netizen dengan mendapat lebih 1,000 tanda suka.

Sebelum ini, kisah cinta Ameera dan Jefri menjadi perbualan hangat selepas mereka sudah tidak saling mengikuti akaun media sosial satu sama lain.

Malah, Ameera juga dikatakan memadam foto-foto bersama Jefri.

Artikel Berkaitan: Cinta Masih Utuh? Jefri Nichol Tinggalkan Komen Romantis Di Hantaran Media Sosial Ameera Khan… Netizen Komen: “‘Biasalah Tu Gaduh Manja”

Scroll to Top