Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu mengakui sedang menanggung hutang yang pernah mencecah puluhan juta ringgit, namun menganggap perkara itu biasa dalam dunia perniagaan berskala besar.
Menurut laporan mStar, Shuib berkata yang sebahagian hutangnya kini sudah berjaya dibayar hanya dalam tempoh dua bulan.
Alhamdulillah (hutang) sudah semakin berkurang, tak sampai puluhan juta seperti sebelum ini.
Setiap bulan jumpa agensi kerajaan selesai hutang

Shuib berkongsi bahawa dia konsisten berjumpa agensi-agensi kerajaan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap hutang yang ditanggungnya.
Antara agensi yang terlibat termasuk KWSP, LHDN, Perkeso dan Jabatan Kastam.
Kami berbincang cara pembayaran dan semuanya berjalan dengan lancar setakat ini.
Beliau turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat kerjasama baik daripada semua pihak yang memberi nasihat dan ruang untuk mengatur bayaran.
Tak akan lari, Shuib janji akan bayar!

Dalam masa sama, Shuib meluahkan rasa optimis apabila melihat perniagaannya kini semakin pulih dan yakin momentum itu dapat membantu melangsaikan semua hutangnya.
Jangan risau saya akan berusaha selesaikan dan percaya Allah akan bantu dan permudah urusan saya.
Restoran terbaharunya, Nasi Bakar Bangkit turut menjadi tumpuan selepas anak ketiganya, Ariq Matin dilantik sebagai duta bagi jenama tersebut.