Penyanyi popular Indonesia, Nabila Taqiyyah akhirnya tampil dengan single ‘Kekal Yang Sempurna’ selepas lagu popularnya berjudul Shadow yang dilancarkan pada 2021.
Katanya, ‘Kekal Yang Sempurna’ adalah impiannya sebagai seorang penyanyi selain menyifatkan lagu ini amat dekat dihati kerana ia dihasilkan berdasarkan kisah peribadi.
“Setiap penyanyi pasti mempunyai impian untuk memiliki album sendiri. Dan akhirnya, saya boleh wujudkan impian itu.
“Ini pencapaian besar buat saya,” katanya.
Album yang terdiri dari lapan buah lagu ini bukan sahaja sarat dengan emosi tetapi menyayat hati.
“Pengagum Rahasia, Menikmati Kebohongan, Salah Sangka, Sementara Bukan Selamanya, Cinta Sia-Sia dan track popular yang kini menjadi highlight album ini iaitu “Berjalan Tanpamu”.
“Yang bikin album ini makin spesial? Saya bukans ahaja menyanyi tetapi terlibat secara langsung dalam menghasilakn beberapa buah lagu seperti ‘Pengagum Rahasia’, ‘Menikmati Kebohongan’ dan ‘Sementara Bukan Selamanya’.
“Dan, single ini benar-benar karya personal dari hati untuk para pendengar,” jelasnya.
Dengan warna musik pop yang kuat, Kekal Yang Sementara membawa kita menyelami emosi penyanyi beruasia 19 tahun ini mengenai momen dan perjalanan kisah cinta Nabila.
“Album ini jadi bentuk validasi buat semua orang yang pernah merasakan patah hati.
“Bermula dari remaja hingga ke orang tua, semua pasti pernah ada di fasa itu,”tambahnya.
Dalam pada itu, lagu utama dalam single kali ini iaitu, ‘Berjalan Tanpamu’ turut dijadikan lagu pilihan buat peminat yang mengalami masalah cinta.
“Diarahkan oleh S/EEK dan ditulis oleh Caturadi Septembrianto, lagu ini menerima sentuhan minimalis yang menonjolkan rasa pilu dan kesenduan yang dalam.
“Nadanya yang sederhana, tapi nyata sarat dengan emosi,”
“Secara keseluruhan, Kekal Yang Sementara adalah pakej lengkap bagi sebuah kisah cinta yang menyayat hati namun tetap membawa pesan positif .
“Perasaan sedih itu wajar. Tapi hidup nggak berhenti sampai di situ. Masih banyak hal-hal indah di luar sana yang bisa kita jalani,” ujarnya.