Tahniah! Tasha Shilla kini bergelar ibu, selamat lahirkan cahaya mata lelaki

Tahniah! Tasha Shilla kini bergelar ibu, selamat lahirkan cahaya mata lelaki

Sebentar tadi, pelakon wanita , Tasha Shilla telah memaklumkan menerusi Instagramnya bahawa dia sudah selamat melahirkan seorang cahaya pertamanya pada 24 April 2021 Sabtu.

Tasha juga sempat memuat naik beberapa keping gambar anaknya walaupun belum menunjukkan sepenuhnya wajah bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan itu.

 

Menerusi perkongsian tersebut juga, pelakon tersebut turut menzahirkan ucapan terima kasih yang tak terhingga buat semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraanya bersama bayi sepanjang proses kehamilan serta bersalin.

Dalam pada itu, dia juga sempat mengucapkan syukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat membahagiakan dan sentiasa ada diwaktu-waktu sukarnya sepanjang kehamilan anak pertama mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Instagram Tasha Shilla telah dihujani dengan deretan ucapan tahniah diatas kelahiran anak pertamanya.

Masing-masing juga mendoakan agar anak sulung pelakon itu membesar menjadi anak yang soleh dan mengucapkan selamat berpantang buat Tasha.

Untuk makluman, Tasha Shilla dan suaminya, Atiq Idris telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Februari 2020. Pada penghujung tahun lalu, dia dan suami telah sepakat memberitahu berita kehamilannya ketika usia kandungan sudah mencecah 5 bulan.

Sumber: Tasha Shila

Scroll to Top