Penyanyi Khai Bahar akhirnya menjelaskan perkara sebenar susulan dakwaan yang mengatakan dia menjalin hubungan songsang bersama adik iparnya.
Kata Khai menerusi temu bual bersama program Melodi, dia bukan sahaja tidak berpuas hati dengan golongan yang membuat tuduhan tersebut, malah sudah bersedia untuk mengambil tindakan saman.
Ini kerana, tuduhan tidak berasas itu melibatkan keluarga sekaligus menganggu emosi adiknya.
“Saya agak kurang berpuas hati pada golongan-golongan yang terpaling tahu.
“Dia sebenarnya benda ni wujud masa saya dengan adik ipar saya buat story berdua dalam kereta masa kami on the way nak pergi majlis perkahwinan kawan. Then, saya repost lah story tersebut.
“Tapi saya tak salahkan satu page ni cuma saya salahkan orang-orang yang komen ni. Saya rasa macam bodoh gila dengan komen itu. Yang rasa ‘Yang Tahu Je Tahu’ (YTJT) tolong selidik dulu sebelum ytjt.
“Sekarang ni saya tengah kumpul bukti dan yang terpaling mahu membongkar rahsia saya… kau jangan cari pasal dengan aku, aku dah ready nak saman kau.
“Selama ni saya diam sahaja tapi bila diam makin menjadi-jadi. Ini paling serius, sebab ia melibatkan keluarga dan emosi.
“Kalau nak kata masa saya ni begitu begini, masing-masing ada masa silam. Kau nak fikir masa zaman silam orang kenapa? Benda ni mendatangkan fitnah, kalau kau tak datang minta maaf, jumpa dekat akhirat,” katanya.
Ketika ditanya mengenai isu tuduhan hubungan sejenis yang timbul sebelum seseorang selebriti akhirnya mendirikan rumah tangga, Khai mengakui bahawa perkara sedemikian berada di luar kawalannya dan bukan dalam ruang lingkup yang boleh dijelaskannya secara terperinci.
“Benda itu saya tak boleh nak kata lebih-lebih. Itu pandangan orang. Kadang kita ni manusia hati berubah-ubah.
“Itu urusan kita dengan Tuhan, buat apa nak buka aib.
“Nak kata saya berada dijalan yang lurus, itu saya tak boleh kata apa-apa. Saya tak boleh kata iya ataupun tidak, sebab manusia ni ada khilaf. Dan tak terlepas dari melakukan kesilapan.
“Macam saya sendiri ada juga melakukan kesilapan dan ada benda yang saya rasa perkara itu antara saya dengan Tuhan. Tapi apa yang boleh saya katakan adalah, silap saya biar saya dengan Tuhan sahaja yang tahu. Tolong jangan buka aib orang,” jelasnya.
Terdahulu, pelantun lagu Luluh ini tampil meluahkan raa hati menerusi beberapa hantaran di Instagram.
ARTIKEL BERKAITAN:“Aku Masih Ada Iman”- Foto Dengan Adik Ipar Disalah Erti, Khai Bahar Bakal Ambil Tindakan Saman




