Kuala Lumpur: Alleia Refleksologi & Spa (Alleia) komited menawarkan perkhidmatan spa selesa dan premium pada harga mampu milik menerusi pembukaan cawangan pertamanya di Galaxy Ampang.
Pengasasnya, Sofia Ellen Abdullah berkata, spa itu kini menawarkan pelbagai rawatan seperti urutan kaki dan badan, mandian bunga, dan juga ‘facial’ menggunakan produk berkualiti dari Itali.
Katanya, walaupun baru beroperasi, spa Alleia menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai, terutama pada hujung minggu.
“Saya bermula sebagai usahawan butik fesyen dan tidak menyangka perubahan arus pasaran ketika pandemik Covid-19 akan menjadi pencetus kepada kelahiran Alleia Refleksologi & Spa, spa berkonsepkan mesra Muslimah dengan harga mampu milik.
“Saya tahu ramai orang nak urut dan berehat, tapi tak semua mampu ke spa mewah. Jadi saya buat konsep spa yang bersih, selesa, harga berpatutan, tetapi dengan memberi servis premium,” katanya kepada Bisnes Metro.
Menurutnya, Alleia Refleksologi & Spa mengutamakan keselesaan pelanggan dengan menawarkan suasana eksklusif pada harga mesra poket.
Sofia berkata, pihaknya menawarkan urutan kaki dan urutan badan masing-masing bermula dari RM40 dan RM60.
“Selain itu, perkhidmatan lain ditawarkan seperti bekam; urutan badan relaxing dan tradisional; scrub kaki dan badan; mandi bunga; serta rawatan sampingan seperti resdung, manicure dan pedicure.
Beliau juga dalam perancangan membuka cawangan di Kuching dalam tempoh dua tahun akan datang, bagi membawa konsep spa mampu milik ke pasaran Sarawak yang semakin berkembang.
“Kita nak semua orang boleh datang ke spa kerana ia bukan hanya golongan tertentu sahaja. Kita juga ada tukang urut lelaki untuk pelanggan lelaki, ikut keselesaan dan permintaan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




