Polis Sahkan Pemandu Nissan Navara Bukan Pemilik Kenderaan, Siasat Dakwaan Berlumba | Oh! Media

Polis Sahkan Pemandu Nissan Navara Bukan Pemilik Kenderaan, Siasat Dakwaan Berlumba | Oh! Media

Kecoh di media sosial sejak semalam insiden kemalangan di hadapan Plaza Tol Duta, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) membabitkan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan motosikal jenis Benelli TRK 502.

Dalam perkembangan terkini, Harian Metro melaporkan suspek berusia 32 tahun kini dalam proses sambung reman bagi membantu siasatan.

Mohon sambung reman, dirujuk ke TPR

Nissan navara

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, kes ini  akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dengan segera untuk tindakan selanjutnya.

Beliau turut mengesahkan suspek yang memandu kenderaan itu bukanlah pemilik sebenar. 

Pemandu kenderaan itu bukan pemilik kenderaan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Mengenai mangsa kemalangan pula, beliau berkata, pembonceng motosikal masih dirawat secara intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaan mereka masih dipantau oleh pihak hospital.

Kenderaan disyaki sedang berlumba?

Isu turut menjadi hangat apabila timbul dakwaan bahawa kenderaan Nissan Navara terbabit sedang berlumba semasa kejadian. 

Bagaimanapun, perkara ini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan tiada pengesahan rasmi setakat ini.

Terdahulu, pemilik Nissan Navara tampil membuat laporan polis selepas gambar dan maklumat peribadinya tersebar di media sosial.

Beliau turut menjelaskan kenderaan itu dipandu oleh saudaranya ketika kejadian. 

BACA: “Bukan Saya Memandu” – Lelaki Terkejut Wajah Dan Alamat Disebar Kes Trak Pikap Langgar Lari

Pssttt! Semoga keadilan untuk mangsa dapat ditegakkan dan suspek mendapat hukuman setimpal.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top