Philadelphia: Aksi antara Perancis dan Iraq di Stadium Philadelphia ditangguhkan sementara susulan cuaca buruk.
Pada penghujung separuh masa pertama, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan perlawanan memasuki ‘mod cuaca buruk’ susulan aktiviti kilat yang menghampiri stadium.
Sebelum perlawanan dihentikan, Kylian Mbappe membuka jaringan menerusi rembatan kaki kiri kencang dari luar kotak penalti.
Ia adalah gol ketiganya dalam kejohanan kali ini.
Mbappe kini sudah menjaringkan 15 gol di Piala Dunia, hanya tiga gol di belakang rekod baharu sepanjang zaman iaitu 18 gol yang dicipta Lionel Messi ketika menentang Austria, beberapa jam sebelum itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




