LATEST

“Fatima Sangat Sayang Adiknya, Semoga Jarir Dapat Lindung Kakaknya”

“Fatima Sangat Sayang Adiknya, Semoga Jarir Dapat Lindung Kakaknya”

Penyanyi Amira Othman berkata dia tersentuh melihat hubungan rapat antara Nur Fatima Aisya dan Jarir Umar.

Memetik Oh Bulan, Amira berkata Fatima teruja setiap kali bertemu dengan Jarir dan sangat sayangkan adiknya.

Baca juga: ‘Barista’ didakwa rogol gadis bawah umur, miliki pornografi kanak-kanak

BACA: “Semoga Kita Sama-Sama Usaha Pergi Syurga Okay Ayang?” – Amira Othman 

“Fatimah sangat sayangkan adik dia. Setiap kali datang rumah pun dia memang teruja kalau nampak Jarir.   Kalau ayah dia cium Jarir lebih-lebih pun dia akan kata, “Daddy nanti Jarir sakit!” Saya rasa sangat sweet dan sifatnya sangat matang serta memahami bahawa itu adalah adiknya,” katanya.

Sementara itu, Amira turut berharap kasih sayang antara Fatima dan Jarir terjalin selamanya serta menjaga antara satu sama lain.

“Jadi di situ saya amat mengagumi Fatima dan saya harap dia dan Jarir berkasih sayang sampai bila-bila, dan mudah-mudahan Jarir dapat lindung kakaknya,” katanya,

Dalam pada itu, Amira berkata dia akan berkongsikan wajah anaknya apabila tiba waktunya nanti dan suaminya, Fattah Amin yang akan kongsikan kelak.

“Kami akan kongsi (wajah Jarir) tak lama lagi insya-Allah, sebab saya pun nak anak saya membesar seperti orang biasa. Takkanlah saya keluar nak sembunyikan anak saya, kasihan pada dia. Insya-Allah kita akan kongsi wajah Jarir dan yang tu nanti bapa dia yang akan post. Saya ikut sahaja,” katanya. 

Sumber: Oh Bulan

Latest news