Kuala Lumpur : Extra Joss memperkukuh strategi pengembangan perniagaannya di Malaysia menerusi pelancaran Extra Joss Ultimate, sekali gus meneroka segmen minuman tenaga sedia untuk diminum (RTD) bagi memenuhi perubahan cita rasa dan gaya hidup pengguna.
Pengurus Pengaktifan Jenama Extra Joss, Jerry Yew, berkata pelancaran itu menandakan perkembangan baharu jenama berkenaan yang sebelum ini lebih dikenali menerusi produk minuman tenaga dalam bentuk serbuk, kepada penawaran produk dalam tin yang lebih praktikal dan mudah dinikmati.
Baca juga: Epal ‘hilang’ 100 tahun ditemui semula
Menurutnya, produk itu menyasarkan golongan Gen Z serta dewasa muda berusia antara 18 hingga 35 tahun yang semakin mengutamakan pilihan minuman bersesuaian dengan gaya hidup aktif dan dinamik.
“Extra Joss Ultimate dirangka untuk memenuhi keperluan pengguna dalam pelbagai situasi termasuk ketika bekerja, melakukan aktiviti santai, menghadiri perjumpaan sosial atau dalam perjalanan.
“Melalui tagline UNLEASH THE ULTIMATE U, produk ini turut menggalakkan pengguna menonjolkan keunikan diri, kekal aktif dan memanfaatkan setiap detik dalam kehidupan seharian,” katanya menerusi satu kenyataan sempena pelancaran produk baharu itu.
Extra Joss Ultimate diperkenalkan sebagai minuman tenaga semula jadi yang menggabungkan tiga komponen utama iaitu kopi hijau, ekstrak ginseng serta vitamin B3, B6 dan B12.
Kopi hijau membekalkan sumber kafein semula jadi, manakala ginseng secara tradisinya dikaitkan dengan kecergasan dan vitamin B pula membantu proses metabolisme tenaga normal dalam tubuh.
Dihasilkan dalam tin bersaiz 250 mililiter, produk berkarbonat itu menawarkan alternatif kepada pengguna yang mengutamakan kemudahan serta kepraktisan dalam pemilihan minuman harian.
Sementara itu, Pengurus Negara Kalbe Malaysia, Oktavianus, berkata pelancaran Extra Joss Ultimate turut menjadi sebahagian daripada strategi syarikat untuk memperkukuh kedudukan jenama tersebut dalam pasaran minuman tempatan yang semakin kompetitif.
Katanya, syarikat akan memanfaatkan rangkaian pengedaran sedia ada bagi memperluas capaian produk menerusi pelbagai saluran jualan, termasuk kedai runcit tradisional, pasar raya, kedai serbaneka dan stesen minyak.
Selain itu, peluasan pasaran turut merangkumi premis makanan dan minuman, restoran serta kedai mamak bagi memastikan produk berkenaan lebih mudah diperoleh pengguna.
Untuk rekod, Extra Joss telah bertapak lebih sedekad di Malaysia menerusi rangkaian minuman serbuk yang ditawarkan dalam empat pilihan perisa iaitu anggur, mangga, oren dan Active.
Pengenalan Extra Joss Ultimate mencerminkan usaha jenama itu mempelbagaikan portfolio produk serta mendekati kumpulan pengguna baharu seiring perubahan permintaan pasaran.
© New Straits Times Press (M) Bhd