am@hmetro.com.my
Iskandar Puteri: Seorang lelaki bakal didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok, susulan tindakan berbahaya memandu Perodua Axia secara melawan arus sehingga kenderaannya dihimpit dua treler.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, lelaki berusia 26 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pihak polis trafik Iskandar Puteri akan menuduh lelaki bersabit dengan kes tular di Gelang Patah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok pagi,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Hasil siasatan mendapati suspek memandu melawan arus sejauh 500 meter di Kilometer 4, Jalan Gelang Patah-Ulu Choh pada jam 9 pagi, 8 Mei lalu, kerana tersalah lorong ke stesen minyak berhampiran. Kejadian itu tular menerusi dua video di media sosial, memaparkan kereta tanpa nombor pendaftaran di hadapan itu tersepit antara dua treler akibat kesesakan lalu lintas.
Harian Metro hari ini melaporkan, hasil siasatan mendapati suspek memandu melawan arus sejauh 500 meter di Kilometer 4, Jalan Gelang Patah-Ulu Choh di sini, pada 9 pagi, 8 Mei lalu, kerana tersalah lorong ke stesen minyak berhampiran.
Kejadian itu tular menerusi dua video di media sosial, memaparkan kereta tanpa nombor pendaftaran di hadapan itu tersepit antara dua treler akibat kesesakan lalu lintas.
© New Straits Times Press (M) Bhd



