Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur tindakan pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya yang dilihat memakai subang di hidung.
Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegaskan perbuatan tersebut jelas haram dari sudut pandangan Islam.
“Hukum ini bukan soal suami reda atau ibu bapa tak marah. Isunya, menindik hidung tergolong dalam perbuatan tasyabbuh, iaitu menyerupai amalan agama lain.
“Malah, fatwa daripada jabatan mufti juga menyatakan dengan jelas bahawa perbuatan itu haram,” katanya.
PU Syed turut mengingatkan agar larangan agama diletakkan sebagai keutamaan dalam setiap perbuatan, meskipun mendapat keizinan daripada ahli keluarga.
“Majoriti umat Islam hanya menindik telinga, dan itu sudah memadai. Tak perlu ikut trend sampai nak tindik hidung, kening atau lidah.
“Ini bukan soal netizen kecam atau tidak, tetapi pandangan agama yang menyatakannya haram. Jadi, jangan buat walaupun suami atau ibu bapa setuju,” tegasnya.
Terdahulu, Aleya dalam sebuah podcast mengakui subang hidung yang dipakainya hanyalah sekadar aksesori biasa yang sudah lama diidamkan.
Malah, dia turut berkongsi pernah menyimpan hasrat untuk bertindik di bahagian kening, bibir dan lidah, namun membatalkannya selepas memikirkan kesan sampingan dan penjagaan rapi yang diperlukan.
@mingguanwanita Bertindik hidung, Leya akui tak kisah dikritik. “Baik suami, ibu dan ayah juga sporting, tak melarang. Menyentuh tentang penampilannya yang bertindik di hidung, sosok yang sangat peramah dan lebih selesa dipanggil Leya itu tidak kisah jika dirinya dikritik. Bagi Leya terpulang kepada mereka sama ada hendak terima atautidak penampilannya itu. Asalkan dirinya selesa. Sharifah Aleya pelakon, pengacara dan penyampai radio The LITEBreakfast, LITE FM sewaktu hadir menjayakan sesi temubual Sembang Wanita Xtra begitu bertenaga dan sangat segar sewaktu berbicara. Saksikan video penuh temubual eksklusif bersama Leya di Sembang Wanita Xtra malam ini jam 8 malam. #sembangwanitaxtra #mingguanwanita #wanita #temansetiapwanita #fyp
Kredit video: Mingguan Wanita




