“Baguslah Kalau Mereka Tengok Saya Macam Profesional Smoker” – Mimi Lana Tak Kisah Jika Lakonan Dikritik

“Baguslah Kalau Mereka Tengok Saya Macam Profesional Smoker” – Mimi Lana Tak Kisah Jika Lakonan Dikritik

Pelakon Mimi Lana mengambil pendirian tidak kisah jika penonton mengkritik lakonannya ketika melakukan aksi merokok dalam filem terbaharu berjudul Mencari Ramlee yang akan ditayangkan pada 19 Jun depan.

Kata Mimi, dia sama sekali tidak kisah dengan kritikan yang bakal diterima kelak kerana ia menjadi tanda watak yang dibawakan dalam filem berkenaan berjaya dilakukan dengan baik.

Malah, tanggapan seperti ‘profesional smoker’ itu merupakan cabarannya melakonkan watak Yasmin dalam filem berkenaan.

“Saya tidak kisah kerana itu bukan diri saya. Ia hanyalah watak dalam filem.

“Kalau mereka nampak saya macam profesional smoker maka baguslah. Kerana itu adalah watak dalam filem itu dan watak saya menjadi,” katanya.

 

Mimi berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayanagn Perdana Filem Mencari Ramlee yang diadakan di GSC Midvalley Megamall, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mimi atau nama penuhnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, berkongsi melakukan adegan berkenaan ketika penggambaran sangat berbeza.

Ini kerana adegan itu dilakukan berdasarkan ‘take’ yang dilakukan.

 

“Hisap rokok di luar dan di dalam filem perasaan berbeza kerana memerlukan banyak take. Itu adalah cabaran saya.

“Saya tidak hisap rokok di luar jadi agak mencabar juga.

“Ada satu babak memerlukan saya hisap rokok dengan kadar yang banyak sampai terbatuk-batuk,” jelasnya.

Scroll to Top