Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila melancarkan koleksi beg tangan terbaharu di bawah jenama miliknya, yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Lebih menarik perhatian, selebriti popular dan primadona tanah air, Erra Fazira diumumkan sebagai duta rasmi produk berkenaan menerusi satu video di TikTok.
Pemilihan Erra telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat yang menyifatkan kolaborasi itu sebagai gabungan dua figura berpengaruh dalam dunia hiburan dan perniagaan.
“Bila Erra yang pakai, terus nampak eksklusif dan mahal,” kata seorang pengguna di ruangan komen.

Malah, ada yang memuji strategi pemasaran Aliff yang bijak menggunakan ikon elegan seperti Erra untuk memperkuatkan nilai jenama produk terbaharunya itu.
@amieeidora Beg samma by Dato Aliff Syukri ❤️ Lawaaaa wehhhhhh ….Mana yang belum pre order beg nie cepat cepatlaa wacabbbbb kita dkt Bi.0 tauuuuuu 🌸#fyp #fypシ゚viral🖤tiktok #begsamma #begaliffsyukri #handbagviral #datoaliffsyukri #preorderbegsamma #begsaman
Namun begitu, pelancaran produk berkenaan tidak terlepas daripada kontroversi apabila terdapat dakwaan mengatakan rekaan beg tangan tersebut mirip dengan salah satu jenama tempatan yang lain.
Pelancaran rasmi koleksi eksklusif itu berlangsung pada 25 Mei lalu dan mengejutkan ramai apabila sebanyak 3,000 unit beg tangan terjual habis dalam tempoh kurang 30 saat sahaja selepas mula ditawarkan secara dalam talian.
Artikel Berkaitan: Beg Tangan Jenama Aliff Syukri Laris Dalam Masa 25 Saat, Datin Shahida Teruja… Umum Berita Gembira




