SPRM dibenarkan beku aset RM758.2 juta Daim, keluarga di luar negara

SPRM dibenarkan beku aset RM758.2 juta Daim, keluarga di luar negara

surayaroslan@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya dalam permohonan mereka untuk membekukan semua aset luar negara milik bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarga bernilai £‎‎132 juta (RM758.2 juta).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan SPRM untuk membekukan kesemua harta itu pada prosiding secara sebelah pihak (ex-parte) hari ini.

SPRM membuat permohonan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Aset yang dibekukan termasuk dua bangunan komersial, lima kediaman mewah dan satu akaun bank yang kesemuanya berada di London, manakala akaun bank itu dikatakan berdaftar atas nama Yayasan Ilham.

Perintah mahkamah itu kini akan dihantar kepada pihak berkuasa United Kingdom untuk pelaksanaan pembekuan aset itu.

Sebelum ini, Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menerima maklumat terbaru dari agensi luar berkaitan harta dan pemilikan aset bernilai tinggi Daim dan keluarga.

Susulan itu pihaknya membuka lapan kertas siasatan baharu berdasarkan maklumat berkenaan.

Azam berkata, aset berkenaan dikesan di Switzerland dan United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain.

Setakat ini, sebanyak RM2 bilion aset dan harta milik Allahyarham Daim sudah dibekukan sejak kes disiasat pada Februari 2023.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top