Trending
Aktor Jefri Nichol akhirnya akui serius bersama Ameera Khan selepas tertarik dengan posting ayat Al-Quran.
Nampaknya hubungan percintaan antara Ameera Khan dan aktor Indonesia, Jefri Nichol makin jadi bualan ramai.
Menerusi satu sesi podcast di TikTok, Jefri tampil beri kenyataan jujur bila ditanya sejauh mana seriusnya dia dengan adik kepada Neelofa tu.
“Total saya dah bercinta enam kali, tapi…”

Dalam jawapan yang tular itu, Jefri sempat luah isi hati dan mengakui betapa dia benar-benar serius kali ini.
Total pernah bercinta dengan enam orang, tapi sekarang memang sudah serius bersama Ameera.
Kenyataan itu buat ramai tersentuh sebab nada dan wajah dia pun nampak betul-betul ikhlas.
Bila ditanya kenapa dia memilih Ameera untuk diseriuskan, jawapan Jefri memang sweet habis!
Dia bukan saja baik, tapi keluarga dia pun terlalu baik pada saya.
Nampak tak? Bukan Ameera je yang pikat hati, tapi keluarganya juga bagi kesan positif pada hubungan ni.
Cinta bermula dari Instagram?

Lebih menarik, Jefri turut imbas momen dia mula kenal Ameera. Rupa-rupanya segalanya bermula dari satu story ayat Al-Quran.
Dia nombor satu (Top 10 Most Beautiful Woman In Malaysia), lepas tu saya stalk Instagram dia dan nampak dia ada post story tentang ayat Al-Quran, lepas tu saya reply.
Dari situ, hubungan mereka mula berkembang. Difahamkan, pasangan ini mula rapat sejak awal tahun 2024.
Pssttt! Kadang cinta datang dari hal-hal yang tak disangka. Siapa sangka, satu story ayat Al-Quran boleh jadi asbab cinta sejati? Kalau betul niat dan ikhlas, tak mustahil hubungan dua dunia hiburan Malaysia-Indonesia ni boleh pergi jauh. Kita doakan yang baik-baik je buat pasangan ni, semoga kekal dan jadi inspirasi!
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!