Kuala Lumpur: Awal pagi ini, negara dikejutkan dengan kemalangan maut melibatkan sebuah bas membawa 42 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak awal pagi ini.
Nahas tragis melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik itu meragut 15 nyawa penuntut universiti itu.
Berikut adalah kronologi kemalangan berkenaan:
1.10 pagi – Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Gerik berhubung insiden berkenaan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengesahkan sebuah bas terbalik dan sebuah MPV terbabas ke dalam parit dalam nahas itu.
Keseluruhannya 48 mangsa terlibat, termasuk 13 orang meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua orang di hospital.
Penumpang bas merupakan mahasiswa UPSI yang dalam perjalanan dari Terengganu, pulang ke kampus di Tanjong Malim selepas cuti Hari Raya Aidiladha.
9.32 pagi – UPSI mengesahkan 42 penuntut universiti itu terlibat dalam kemalangan di JRTB Banun, Gerik, awal pagi Isnin.
11.21 pagi – Tiga belas jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, untuk bedah siasat.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir turut mengesahkan 15 pelajar UPSI meninggal dunia dalam kemalangan itu.
12.04 tengah hari – Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan bas berkenaan membawa 42 pelajar berusia antara 21 hingga 23 tahun, kesemuanya dari Pantai Timur.
Pemandu bas yang berusia 40 tahun dan pembantunya berusia 54 tahun disahkan cedera dalam kemalangan itu.
Turut cedera, pemandu dan penumpang MPV teribat iaitu sepasang suami isteri berusia berusia 37 dan 36 tahun serta dua anak mereka, seorang perempuan dan seorang lelaki yang berusia enam dan tiga tahun.
Sebanyak 27 pelajar UPSI iaitu 23 perempuan dan empat lelaki mengalami kecederaan manakala 13 jenazah dihantar ke HRPB dan dua jenazah lagi di Hospital Gerik.
Proses bedah siasat masih berjalan.
2.25 petang – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan berkenaan.
5.30 petang – Identiti enam daripada 15 pelajar UPSI yang maut telah dikenal pasti.
UPSI memaklumkan mereka ialah Sufea Adela Maslihaizan, 21, Mohammad Aqil Taqiudin, 21, Anis Soffiyya Md Zaidi, 20, Nur Ainul Qistina Mat Ali, 21, Muhammad Adib Hazim Halim, 21, dan Wan Nur Suhaila Wan Mohammad, 22.
Turut meninggal dunia Fakhrul Arif Rosdi, 20, Nurul Fatihah Abu Setaman, 22, Nur Dalila Farhana Mohamad Isma, 21, Nurul Izyanti Muhamad Azahar, 21, Nur Amni Nadiah Nik Nor Zabir, 21, Muhammad Mustaqim Rosde, 21, Nor Ayuni Maslan, 21, Nurly Sahirah Azman, 23, dan Fatin Nasrien Fadli, 22.
6.51 petang – Bedah siasat 13 jenazah pelajar UPSI di HRPB selesai.
8.55 malam –Konvoi van jenazah pelajar UPSI yang terkorban mula meninggalkan Jabatan Forensik HRPB menuju ke Jertih, Terengganu.
- Nak gugur jantung bila tahu anak kemalangan bas – Bapa Wan Nur Suhaila
- Bedah siasat 15 pelajar UPSI selesai, jenazah akan diserahkan kepada
- Rakaman dashcam tunjuk bas dipandu laju, penghadang jalan menembusi badan bas
- 14 jenazah bakal disolatkan di Masjid Hadhari Jertih
- Syarikat bas nafi dakwaan guna pemandu lori sebagai ‘back’
- Ayah sembelih seekor kambing gembira adik dapat tawaran ke UPSI – Kakak mangsa
- Identiti 15 pelajar UPSI maut dikenal pasti
- Saya mesej malam tadi tapi hingga pagi tidak berjawab, rupanya mereka sudah
- Fakhrul Arif sempat beri wang kepada adik bongsu, perangai tidak seperti
- 50 sukarelawan pelbagai NGO iring 15 van jenazah ke Perak
- Mangsa maut tragedi bas UPSI dikategorikan syahid akhirat – Mufti Pulau
- Kali terakhir jumpa cucu di majlis tahlil
- Tadi di zon merah, info terkini dukacita – Bapa Nik Amni Nadiah
- Nahas UPSI: Sepupu Zoey Rahman antara yang maut
- Lewat 15 minit, pelajar UPSI terselamat dalam tragedi bas maut
- Bedah siasat 13 mangsa nahas bas dijangka selesai tengah malam ini
- Saksi cuba matikan enjin bas mahu elak kebakaran, gagal sebab tidak tahu
- YPM beri sumbangan segera RM1,000 kepada pelajar UPSI terbabit nahas
- Mangsa terbaring di tepi jalan, berlumuran darah… sunyi… tiada suara, tiada tangisan
- Masih terlalu awal bincang SOP sewaan bas oleh pelajar
- MB Perak sebak lepas ziarah keluarga mangsa
- Dengar raungan kesakitan dalam gelap – Saksi
- Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga pelajar UPSI
- Polis tubuh pasukan khas siasat nahas 15 maut di Gerik
- Hafizah Al-Quran antara 15 korban tragedi bas di Gerik
- Penumpang Perodua Alza dirawat di Hospital Baling dilaporkan stabil
- Bas dalam keadaan baik, pemandu juga berhemah – Pengusaha bas
- Lega bila dapat maklumat Tuan Muhammad Adham selamat – Bapa saudara
- Bas persiaran bawa pelajar UPSI dipandu pemandu gantian
- Menggeletar badan dapat panggilan adik kemalangan
- Proses bedah siasat dijangka ambil masa
- Tak sempat jumpa cucu sebelum naik bas
- 19 van jenazah berkonvoi gerak ke Perak
- Hiba lihat video belasan van jenazah
- Saya nampak mereka meronta… kemudian senyap – Pelajar terselamat
- Polis belum dapat rekod keterangan pemandu bas
- Bas disewa atas inisiatif penuntut UPSI sempena Aidiladha
- Bas bawa penuntut UPSI tiada kamera papan pemuka
- Penumpang dakwa bas berbau hangit, terhuyung-hayang
- JKR diarah bantu siasatan kemalangan jika diperlukan
- Bas bawa penuntut UPSI langgar belakang Alza – Polis
- Polis siasat jika punca kemalangan akibat kecuaian atau…
- Polis siasat dakwaan bas dipandu laju, saksi diminta tampil
- Tak naik bas sebab masuk hospital kerana demam
- Malam tadi hantar naik bas, pagi ini dapat berita anak meninggal dunia – Ibu
- UPSI sahkan 42 pelajar terbabit
- Terengganu akan segera bantu waris
- Mangsa jerit meminta tolong, ada yang ajar rakan mengucap – Saksi
- Nahas bas bawa pelajar UPSI, polis jalankan siasatan menyeluruh
- UPSI buka Bilik Gerakan, hotline
- Kerusi tercabut, serpihan bertaburan di lokasi
- Sepatutnya saya pulang dengan bas itu
- Ada tercampak, ada dalam bas, ada keluar sendiri
- PM arahkan KPT selaras bantuan buat keluarga mangsa nahas di Gerik
- KPT salur bantuan kepada susulan nahas bas bawa pelajar UPSI
- UPSI sahkan nahas bas 15 maut babitkan pelajarnya
- 7 mangsa di zon merah Hospital Gerik
- Bomba potong bahagian belakang bas persiaran
- Nahas bas bawa pelajar UPSI: Sekurang-kurangnya 15 mangsa maut
© New Straits Times Press (M) Bhd




