Usahawan, Iqbal Zulkefli kembali mencuri perhatian netizen selepas video siaran langsungnya tular di TikTok baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Iqbal dilihat tanpa segan silu ‘membuka pekung’ bekas adik iparnya sendiri, Ayunie, yang juga merupakan personaliti media sosial.
Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi, apatah lagi setelah sekian lama tiada sebarang kontroversi panas melibatkan kedua-duanya.
Iqbal dakwa Ayunie berbau, tak suka mandi?
Dalam siaran langsung berkenaan, Iqbal secara terbuka membuat dakwaan mengejutkan mengenai kebersihan peribadi Ayunie.
Katanya, walaupun kelihatan cantik di media sosial, realitinya sangat berbeza.
Dia tak suka mandi. Ketiak dia berbau ya Allah.. rambut dia berbau. Tapi dalam IG nampak cantiklah, tak nampaklah busuk tu.
Kenyataan tersebut ternyata mengejutkan ramai dan membuka ruang perdebatan dalam kalangan netizen yang menyaksikan live tersebut.
Alasan ‘balas dendam’ sebab kena saman?

Dalam sesi live yang sama, Iqbal turut menjelaskan kini sedang melalui prosedur mahkamah dengan Ayunie.
Alang-alang sudah disaman dan habis banyak wang untuk kos guaman, Iqbal terus mendedahkan perkara yang lain pula.
Alang-alang kena saman, duit beribu habis..
Rata-rata netizen di ruangan komen nyata terhibur dengan celoteh Iqbal. Malah, ada yang berseloroh mengatakan lelaki kalau mengumpat lebih bahaya daripada wanita.
Pssttt! Aduhai.. Lebih elok kalau kita jaga aib orang lain, sebab silap-silap nanti, aib sendiri pula yang terbuka. Tak baik tau Iqbal!
Kredit: @candytabeaute_official
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.