Tiada Konflik Rumah Tangga, Fikry Ibrahim Perjelas Isteri Hadir Mahkamah Untuk Tarik Semula Kes

Tiada Konflik Rumah Tangga, Fikry Ibrahim Perjelas Isteri Hadir Mahkamah Untuk Tarik Semula Kes

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim menjelaskan tujuan isterinya, Siti Khalizah Alizan ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Khamis adalah bagi menarik semula kes tuntutan perceraian.

Menerusi temu bual bersama program Melodi TV3 yang dikendalikan olehnya bersama selebriti, Ain Edruce, Fikry berkata, dia masih menyayangi isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

“Sebenarnya, isteri saya mahu tarik semula kes cuma pihak mahkamah minta tangguhkan.  Kami tiada masalah, biasalah manusia. Selagi saya mampu saya akan pertahankan,” katanya.

Dalam pada itu, Fikry turut menepis dakwaan mengatakan dia terpaksa berkahwin dengan isterinya itu, malah perkahwinan mereka ikhlas dan rasa cinta.

“Kami saling mencintai atas dasar yang ikhlas. Tiada istilah paksaan. Saya tak setuju bila orang luar kata kami berkahwin untuk jaga mak saya. Isteri saya sentiasa ikut saya kemana saya pergi,” katanya.

Sementara itu, dalam program sama, Fikry  menjelaskan dia sedang dalam proses untuk menjernihkan hubungan dengan isterinya.

“Saya tahu pagi tadi dia ke mahkamah. Saya kongsi gambar bersama bukan untuk menipu tetapi proses itu telah berlangsung dan sekarang kami dalam berusaha dalam pendamaian ke arah lebih baik,” katanya.

Pada pagi Khamis, isterinya, Siti Khalizah Alihan difahamkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang dipercayai atas alasan tiada lagi persefahaman.

Peguam syarie Wan Muhammad Afiq Mohd Razib yang mewakilinya memaklumkan, anak guamnya itu memfailkan perceraian terhadap aktor itu pada Mei lalu selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.

Scroll to Top