am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sebanyak 178 bot nelayan asing disita Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam tempoh tiga tahun dengan 109 daripadanya sudah dilupuskan.
Ketua Pengarah APMM Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, bagi tempoh itu, bot nelayan Vietnam paling banyak dirampas iaitu 84 buah diikuti Indonesia (61), Thailand (30) dan China (3).
Menurutnya, hasil daripada sitaan itu, sebanyak 109 bot nelayan asing dilupuskan membabitkan nilai RM1.83 juta.
“Bot nelayan asing paling banyak dilupuskan adalah dari Vietnam membabitkan 97 buah, diikuti Indonesia (11) dan satu dari Thailand.
“Sejak 2023 sehingga 2025, APMM merekodkan hasil lelongan sebanyak RM3,752,330.50 manakala kompaun dan denda berjumlah RM84,141,077.80,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd