Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila dia kini sudah berada di bab kesepuluh pembelajaran agama.
Katanya menerusi hantaran di ruangan Instagram Story (IGS), sejak dahulu lagi, dia berdoa untuk menguasai bahasa Arab termasuklah memahami al-Quran, belajar hadis dan boleh bertutur bahasa itu jika berada di Tanah Suci.
Namun, kekangan masa membuatkan dia terpaksa menangguhkan pembelajarannya.
“Macam mimpi jadi kenyataan, dari dulu selalu doa nak kuasai bahasa Arab terutaman nak faham al-Quran, nak baca al-Quran macam buku cerita, nak belajar mopre hadith, nak boleh bercakap kalau di Tanah Suci.
“Tapi tak tahu macam mana nak make it happen. Sebab sudah cuba banyak kali ambil kelas tapi separuh jalan. Sebab susah, sebab mindset, sebab sibuk, tapi still doa terutama malam mustajab. Walupun harapan tu nipis saja dalam haticuma yakin Allah dengar sekarang dah bab 10, buku 1,” katanya.
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui tidak berputus asa dan sentiasa berdoa agar impiannya untuk menguasai bahasa Arab dipermudahkan.
“Long way to go, cuma macam tak percaya boleh sampai sini. Moga Allah lapangkan dada. pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai ilmu bahasa ini, semua milik Allah.
“Moga Allah SWT rezekikan untuk pinjamkan ilmu ini sepenuhnya suatu hari nanti, inshaa-Allah,” jelasnya.