Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan.
Beliau sebelum ini disabitkan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana sayap pemuda Bersatu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Keputusan tiga Hakim Mahkamah Rayuanā¦

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara membenarkan rayuan Syed Saddiq.
Mereka bersetuju untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Saya dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengenai keputusan hari ini dan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan akan dibuat.
āTiada perasaan peribadi dalam siasatanā- Azam Baki.

Ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mahkamah, Azam Baki menegaskan bahawa beliau tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap mana-mana individu.
Saya tiada āpersonalā dengan sesiapa, tiada rasa kecewa atau suka dalam kita menyiasat apa-apa kes.
Katanya, siasatan dijalankan secara profesional oleh pegawai SPRM dan mereka akan terus jalankan tugas mengikut lunas undang-undang.
Pssttt! Keputusan Mahkamah Rayuan pastinya mengejutkan ramai pihak, namun ia juga menunjukkan betapa pentingnya proses rayuan dalam sistem kehakiman negara. SPRM pula tetap komited dan akan teruskan perjuangan di Mahkamah Persekutuan. Rakyat perlu tunggu dan lihat bagaimana kes ini akan berakhir dan yang paling penting, keadilan mesti terus ditegakkan, tanpa prejudis atau sentimen politik.
Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizalāsentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!