Public Health Malaysia ‘Restui’ #BASS – “Mereka Hadir Seperti Kisah Dongeng, Cinta Nampak Benar…”

Public Health Malaysia ‘Restui’ #BASS – “Mereka Hadir Seperti Kisah Dongeng, Cinta Nampak Benar…”

Kisah kemesraan antara dua figura terkenal, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, terus mencuri perhatian ramai apabila akaun rasmi Public Health Malaysia (PHM) tampil memberi ‘restu’ secara terbuka kepada pasangan itu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi PHM, pasangan berkenaan dilihat bersama ketika mendaki Gunung Kinabalu, Sabah momen yang disifatkan sebagai simbol keikhlasan dan keindahan cinta dalam dunia yang semakin letih.

PHM menyatakan kehadiran Bella dan Saddiq membawa harapan dan senyuman kepada khalayak yang sedang dihimpit tekanan hidup serta kelelahan emosi.

“Mereka hadir seperti kisah dongeng. Cinta yang nampak real… yang buat kita senyum sorang-sorang. Yang buat kita rasa ‘eh… sweetnya’. Dan itu dah cukup,” tulis PHM dalam kapsyen yang mendapat perhatian ribuan pengguna media sosial.

PHM turut mengulas, meskipun jika momen itu hanyalah sekadar strategi pemasaran, ia tetap diterima baik kerana khalayak pada hari ini hanya mahu satu perkara untuk kembali percaya pada cinta.

Tanda pagar #BASS gabungan nama Bella dan Saddiq juga mula digunakan netizen sebagai simbolik kepada hubungan mereka yang semakin mendapat sokongan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet mendoakan agar hubungan tersebut dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin, selain memuji sikap rendah diri dan kesederhanaan pasangan itu dalam berkongsi kehidupan mereka secara terbuka namun tidak berlebihan.

Walaupun masih belum ada pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak mengenai status sebenar hubungan mereka, namun interaksi terbuka, keakraban dan keserasian yang ditonjolkan jelas meninggalkan kesan kepada orang ramai.

Scroll to Top