Oh! Tidak
Dua beranak ditemui meninggal dunia dalam keadaan reput, keluarga masih tunggu keputusan bedah siasat.
Penemuan mayat dua beranak yang sudah reput dalam sebuah pangsapuri di Pulau Pinang benar-benar mengejutkan ramai.
BACA: Mayat Ibu Dan Anak Reput Dalam Rumah Berkunci, Kali Terakhir Hubungi Adik Pada Mei
Terbaru, Sinar Harian melaporkan mangsa dikatakan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
“Kakak tidak bekerja, tapi itu rumahnya sendiri”

Perkara itu disahkan sendiri oleh adiknya yang hanya mahu dikenali sebagai Noor.
Noor berkata, kakaknya yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik tinggal sendiri di rumah berkenaan selepas berpisah dengan suami.
Kakak memang tidak bekerja, namun itu adalah rumahnya sendiri. Dia telah berpisah dengan bekas suami, tetapi saya tidak pasti sudah berapa lama mereka berpisah.
Dia dan kakaknya sering berhubung melalui panggilan telefon dan WhatsApp. Pertemuan kali terakhir berlaku pada Mei lalu.
Kakak tiada masalah kesihatan

Antara kami tujuh beradik, saya dan kakak sahaja yang tinggal di Pulau Pinang, yang lain tinggal di luar negeri ini.
Namun, mereka sekeluarga tidak dapat memberikan komen lanjut kerana masih terkejut dan sedih dengan penemuan mayat kakaknya.
Apa yang saya tahu, kakak saya sihat dan tidak ada sebarang penyakit.
Setakat ini, mereka masih menunggu hasil bedah siasat daripada pihak polis dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Pssttt! Semoga keluarga tabah menghadapi ujian ini dan semoga hasil siasatan dapat memberi pencerahan kepada semua.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.