Peranti Prestasi Sepanjang Hari

Peranti Prestasi Sepanjang Hari

saufi@mediaprima.com.my

Pengguna hari ini tidak hanya mementingkan keupayaan peranti tetapi prestasi sepanjang hari di samping prestasi kamera yang baik untuk semua keadaan.

Untuk itu, Google Pixel 9a adalah pilihan yang tepat memandangkan ia peranti kelas pertengahan tinggi yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses Google Tensor G4 (4 nm), bersama RAM 8 GB dan storan UFS 3.1 (128/256 GB), serta menjalankan Android 15 dengan jaminan 7 tahun kemaskini sistem dan sekuriti.

Skrin 6.3 inci P‑OLED dengan resolusi FHD+ (2424×1080) menyokong 60 hingga 120 Hz dan mencapai kecerahan maksimum 2,700 nits bersama pelindungan Gorilla Glass 3.

Daripada segi reka bentuk, Pixel 9a menampilkan badan rata dengan susunan kamera hampir selari dan rangka ada butir sisi rata memberikan penampilan yang lebih kemas dan praktikal.

Ia juga adalah model A‑series pertama dengan penarafan IP68, menjadikannya kalis habuk dan air.

Kamera utama 48 MP f/1.7 dengan OIS dipadankan kamera ultralebar 13 MP, manakala kamera depan 13 MP f/2.2 turut menyokong fotografi ultra-lebar.

Fungsi tambahan seperti fokus makro, Super Res Zoom 8× dan beberapa ciri AI seperti Night Sight, Magic Editor serta Gemini Live memberi nilai tambahan meskipun dalam pencahayaan rendah, penambahbaikan boleh ditingkatkan.

Bateri 5,100 mAh hadir dengan pengecasan 23W dan sokongan pengecas tanpa wayar.

Google menjanjikan hayat bateri melebihi 30 jam dan mod ‘Extreme Battery Saver’ menjangkau sehingga 100 jam .

Selain itu, sistem Battery Health Assistance menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengawal voltan dan memanjangkan jangka hayat bateri.

Untuk prestasi, Tensor G4 memastikan pengalaman lancar walaupun penggunaan paling optimum.

Kualiti pembesar suara adalah baik untuk audio siar, tetapi mula pecah pada kelantangan lebih tinggi.

Google Pixel 9a menawarkan nilai luar biasa untuk harga sekitar dengan prestasi sama dengan model premium daripada hampir semua aspek.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top