Penceramah bebas disyaki sebar video seks: 5 individu dirakam keterangan

Penceramah bebas disyaki sebar video seks: 5 individu dirakam keterangan

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis sudah merakam keterangan lima individu berhubung siasatan kes penceramah bebas disyaki menyebarkan beberapa video seks serta foto mengaibkan isterinya dan wanita lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, individu berkenaan termasuk isteri kepada suspek lelaki berusia 39 tahun itu.

“Siasatan masih dijalankan dan ia akan dirujuk segera kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas selesai.

“Setakat ini, lima saksi sudah dirakam percakapan berhubung kes ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media pada Sabtu lalu melaporkan, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya sedang menyiasat kes melibatkan penyebaran video lucah oleh seorang penceramah bebas.

Katanya, siasatan dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada isteri kedua kepada lelaki berkenaan pada 16 Jun, mendakwa penceramah itu menyebarkan video hubungan intim dirinya bersama madu serta beberapa wanita lain.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menarik semula tauliah mengajar agama bagi seorang ustaz yang baru-baru ini ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes jenayah sejak 2022.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top