Pelakon Alya Iman mengakui terkejut apabila ada peminat Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin menyerangnya di TikTok serta dituduh menjadi punca pergolakan pasangan selebriti itu.
Memetik mStar Online, Zizi menyangkal dakwaan tersebut serta mengatakan dia tiada kena mengena dengan rumah tangga pasangan berkenaan.
BACA: “Doakan Sahaja” – Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Bergolak
“Hanya sebab drama kami tengah tayang sekarang saya pun kena serang. Saya tak tahu apa-apa masalah yang dia (Yusuf) hadapi. Tak adil masalah rumah tangga dia, saya pula jadi kambing hitam,” katanya.
Sementara itu, Alya berkata dia sentiasa berusaha membersihkan nama baiknya selepas pernah dikaitkan dengan kes penyondol sebelum ini.
Malah, Alya berkata hubungan dia dengan Yusuf tidak lebih sekadar abang dan adik di set penggambaran dan tidak menyimpan nombor telefon aktor berkenaan.
“Saya tak simpan nombor telefon dia demi menjaga nama baik bila bekerja dengan pelakon lelaki berstatus suami orang. Kami di set memang baik, saya anggap macam abang saja. Saya sangat profesional, di luar set saya memang tak akan hubungi dan berkawan dengan dia,” katanya.

Sebelum ini, Alya diserang netizen di laman TikTok miliknya dan ada yang menuduhnya penyondol sehingga dia terpaksa menutup ruangan komen.
Terdahulu, Yusuf menafikan dakwaan rumah tangganya dengan Zizi dikatakan bergolak sebaliknya hubungan mereka dalam keadaan baik serta tidak mengetahui mengenai dakwaan mengenai rumah tangganya.
Sumber: mStar Online