Oh! Tidak
Bas UPSI dipandu 117km/j sebelum terbalik di Tasik Banding, melebihi had laju dua kali ganda.
Nahas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Tasik Banding, Gerik baru-baru ini akhirnya mula menemui jawapan.
Laporan Awal Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mendedahkan bahawa bas persiaran yang membawa para pelajar itu dipercayai dipandu pada kelajuan 117.6 kilometer sejam, iaitu hampir dua kali ganda daripada had laju ditetapkan.
Bas bawa pelajar UPSI melebihi kelajuan kritikal untuk terbalik…

Menurut laporan sama, had laju sebenar di lokasi kemalangan adalah 60 km/j, tetapi bas itu dipandu dengan kelajuan yang melebihi tahap kritikal untuk menyebabkan kenderaan terbalik, iaitu antara 111.3 hingga 114.5 km/j.
Menerusi analisis teknikal yang dilakukan, kelajuan ketika kejadian ini jelas menunjukkan risiko kehilangan kawalan adalah sangat tinggi.
Walaupun ini hanya laporan awal, pendedahan ini cukup untuk memberi persoalan kepada ramai pihak terutama keluarga mangsa dan warga UPSI. MOT memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan untuk meneliti faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada tragedi itu.
Pssttt! Ohmedia harap korang yang memandu kenderaan awam sentiasa peka dan bertanggungjawab dengan nyawa penumpang. Jangan sesekali abaikan had laju kerana kesilapan kecil boleh meragut banyak nyawa. Kepada syarikat pengangkutan pula, pastikan pemandu korang betul-betul layak dan ikut piawaian keselamatan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!