Warga emas cedera diserang gajah ketika ke surau

Warga emas cedera diserang gajah ketika ke surau

Mersing: Seorang lelaki warga emas cedera pada bahagian telinga selepas diserang seekor gajah di hadapan rumahnya di Kampung Wak Salam di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata berdasarkan maklumat, mangsa yang berusia 64 tahun itu mahu ke surau untuk menunaikan solat subuh, sebelum diserang oleh haiwan liar berkenaan sehingga terjatuh.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru kerana cedera di telinga.

“Setakat ini, tiada kecederaan serius dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Bagaimanapun, Abdul Razak berkata tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top