Kuala Lumpur : Demam bola sepak Piala Dunia yang kini melanda seluruh negara nampaknya semakin hangat apabila pengeluar tayar terkemuka, Toyo Tires, tampil melancarkan kempen “Goal Fest 2026” bertempat di pasaraya AEON terpilih.
Kempen yang penuh dengan ganjaran menarik ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, selain meraikan inovasi produk yang disesuaikan khas untuk keperluan mobiliti moden rakyat Malaysia.
Menurut Naib Presiden Eksekutif Jualan dan Pemasaran Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, Keishi Inoue, pasaran automotif kini menyaksikan lonjakan luar biasa melebihi 300 peratus dalam tempoh empat tahun lalu membabitkan kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV).
Melihat kepada trend tersebut, Toyo Tires kekal setapak di hadapan menerusi pengenalan Siri Proxes yang direka khas untuk menawarkan prestasi, keselesaan dan keyakinan pemanduan maksimum.
“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, kami mengetengahkan Proxes Comfort yang dilancarkan Januari lalu bagi melengkapkan barisan produk sedia ada dengan fokus kepada keselesaan mewah,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran kempen berkenaan di sini.
Bagi memeriahkan lagi bahang musim bola sepak, Toyo Tires turut menawarkan hadiah istimewa buat para pelanggan ia merangkumi hadiah eksklusif iaitu dengan pembelian mana-mana tayar daripada siri Proxes Comfort atau Open Country HT II akan menerima Botol Sukan Hidrasi Thermos Eksklusif Premium bersama Pouch (selagi stok masih ada).
Selain mendapat keistimewaan di AEON malah pelanggan bertuah juga boleh menikmati pemeriksaan tayar 6-titik secara percuma.
Serta diskaun hebat iaitu penjimatan sebanyak 20 peratus bagi perkhidmatan penjajaran (alignment) dan pengimbangan (balancing) menerusi kerjasama dengan pengedar terpilih.
Menariknya, Toyo Tires berbangga menjadi satu-satunya jenama tayar buatan tempatan yang sangat memahami seluk-beluk cuaca dan tabiat pemanduan di Malaysia.
Kilangnya di sini bukan sekadar pusat pengeluaran, malah bertindak sebagai platform pembangunan negara yang menjana peluang pekerjaan serta merancakkan ekonomi domestik.
“Berpaksi pada kekuatan ‘Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun’, kami membawakan produk berkualiti premium pada harga kompetitif dan mampu milik. Menerusi prinsip Kaizen Jepun, kami sangat menitikberatkan perincian tanpa kompromi terhadap kualiti,” tambah Keishi lagi.
Memacu transformasi digital, Toyo Tires kini memanfaatkan platform e-runcit Toyo TayarTen menerusi Pengalaman Runcit Phygital (3E) yang menggabungkan elemen “ECO”, “E-HUB”, dan “EXPERT” Care untuk urusan pembelian yang lebih lancar.
Lebih mengujakan, syarikat berkenaan bakal melancarkan Aplikasi T-Care pada suku ketiga tahun ini. Aplikasi mesra pengguna ini akan menawarkan khidmat kemas kini masa nyata (real-time updates).
Selain peringatan janji temu perkhidmatan serta promosi eksklusif terus ke telefon pintar anda.
Bagi pihak pengedar pula, platform e TEN disediakan bagi mempermudah urusan tempahan dalam talian 24/7 serta pengurusan inventori yang lebih cekap.
“Di Toyo Tires, kami percaya setiap pemandu Malaysia berhak menikmati ketepatan kejuruteraan Jepun pada harga mampu milik, sekali gus mempertingkatkan keyakinan dan keselesaan dalam setiap perjalanan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




