Aya Amiruddin Syukur Tak Pernah Diherdik Pelakon Senior

Aya Amiruddin Syukur Tak Pernah Diherdik Pelakon Senior

Pelakon Aya Amiruddin berkata dia tidak pernah berdepan layanan buruk daripada mana-mana artis senior sepanjang pelibatannya dalam dunia seni.

Memetik mStar Online, Aya berkata dia banyak belajar dengan pelakon senior malah nasihat yang dikongsikan oleh mereka banyak membantu dalam karier lakonannya.

BACA: Aya Amiruddin Dah Lali Dihina Hitam, Gemuk

“Syukur saya tak pernah diherdik, mungkin sebab orang takut dengan saya. Hubungan saya dengan pelakon senior semuanya baik. 

“Saya banyak belajar daripada mereka. Malah tip dan nasihat yang dikongsi sangat membantu dan menjadi panduan dalam perjalanan karier saya,” katanya.

Sementara itu, Aya berkata kesabaran yang tinggi diperlukan apabila bekerja di set penggambaran lebih-lebih lagi jika berdepan cabaran seperti  bau badan pelakon lain serta perlu ditangani dengan berhemah.

“Bila daripada pagi sampai malam berada di set penggambaran, macam-macam bau kita boleh hidu. Tapi berkenaan bau badan, saya rasa masing-masing kena ada kesedaran sendiri.

“Setakat ini saya tak pernah ada masalah dan masih boleh bertahan. Bau masam ke apa, saya diamkan saja,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu bau badan di set penggambaran membabitkan warga industrial seni.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top