PENDAKIAN ekstrem merupakan cabaran berisiko tinggi yang menguji kekuatan fizikal, mental dan kemahiran teknikal pendaki di laluan-laluan paling mencabar di dunia. Ia sering melibatkan cabaran seperti melalui tebing curam, cuaca ekstrem, altitud tinggi serta laluan terpencil yang boleh mengancam nyawa jika berlaku kesilapan.
1-Laluan Papan Gunung Huashan, China
Lokasi ini terkenal sebagai antara paling berbahaya di dunia kerana pendaki perlu melalui papan kayu sempit yang dipasang pada tebing hampir menegak dengan sokongan rantai besi, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko jatuhan maut jika hilang keseimbangan. FOTO:China Descovery.
2-Trek Everest Base Camp, Nepal

Laluan ini mencapai altitud sekitar 5,364 meter dengan risiko penyakit altitud akibat kekurangan oksigen, selain cuaca sejuk ekstrem dan keadaan pergunungan Himalaya yang tidak menentu.FOTO:National Geographic
3-Litar Annapurna, Nepal

Laluan ini terkenal dengan perubahan altitud ekstrem sehingga 5,416 meter di Thorong La Pass serta risiko runtuhan salji, tanah runtuh dan perubahan cuaca yang mendadak. FOTO: Wikimedia Commons.
4-Trek K2 Base Camp, Pakistan

Trek ini melalui Glasier Baltoro yang terpencil dengan laluan ais dan batu tidak stabil, berisiko tinggi terhadap jatuhan batu serta cuaca ekstrem di kawasan Karakoram.FOTO: Wikimedia Commons
5-Huayna Potosí, Bolivia

Pendakian ini bersifat teknikal dengan laluan glasier melebihi 6,000 meter, memerlukan peralatan khas seperti crampon, tali keselamatan dan kemahiran pendakian ais.FOTO: Wikimedia Commons
6-Laluan Kalalau,Hawaii, Amerika Syarikat

Trek ini merentasi tebing pantai Na Pali yang curam dengan laluan sempit dan licin. Hujan lebat boleh mencetuskan tanah runtuh serta arus sungai deras, sekali gus meningkatkan risiko jatuhan ke laut terbuka. FOTO: National Park Service / Flickr
7-Kalindi Khal Pass, India

Laluan ini merupakan antara laluan gunung yang paling tinggi di antara dua kawasan pergunungan di Himalaya yang diliputi glasier tebal, memerlukan kemahiran pendakian ais di kawasan altitud ekstrem.FOTO:Wikimedia Commons
8-Kawasan Labirin The Maze, Utah, Amerika Syarikat

Kawasan ini merupakan gurun terpencil dengan formasi batu seperti labirin yang sukar dinavigasi. Pendaki berisiko tinggi untuk sesat, selain ancaman banjir kilat yang boleh berlaku secara tiba-tiba.-FOTO:UltahLifeMagazine.
9-Drakensberg Grand Traverse, Afrika Selatan

Laluan sepanjang lebih 200 kilometer ini merentasi kawasan pergunungan tanpa penanda jelas dengan risiko cuaca berubah mendadak serta tebing curam yang berbahaya.-FOTO: Wikimedia Commons
10-Trek Snowman, Bhutan

Trek ini dianggap antara paling sukar di dunia kerana merentasi lebih 16 laluan gunung tinggi di Himalaya dengan cuaca ekstrem, altitud tinggi dan lokasi yang sangat terpencil.-FOTO:Wikimedia Commons



