Drama adaptasi novel ‘Seindah Hujan Cinta’ karya Qash Shazwani yang dilakonkan oleh Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny dan Hariz Hamdan ini ternyata mengusik emosi penonton.
Mana tidaknya, watak Nelydia Senrose (Zarita) yang dilihat baik dan lemah lembut itu rupa-rupanya terselindung perangai ‘busuk hati terhadap madunya lakonan Ezzanie Jasny (Aneesa).
Bukan itu sahaja, plot penceritaan yang menekankan kehidupan berpoligami juga meyebabkan peminat drama tempatan tidak senang duduk apabila Yusuf Bahrin (Wassim) tinggal bersama kedua-duanya isterinya iaitu Zarita dan Aneesa.






Untuk info, Seindah Hujan Cinta bukan sekadar drama tentang cinta tiga segi atau poligami. Ia menyelami pergolakan batin wanita yang tersepit antara impian kerjaya dan naluri keibuan, perjuangan seorang suami untuk berlaku adil, serta pengorbanan seorang adik angkat demi kesetiaan dan budi.
Merangkumi 28 episod, Seindah Hujan Cinta telah mula bersiaran pada 21 Julai lalu secara eksklusif di Tonton setiap hari Isnin hingga Khamis.




