“Allah Pun Boleh Ampunkan Hamba-Nya, Awak Sejijik Manusia Kenapa Angkuh?” – Sophia

“Allah Pun Boleh Ampunkan Hamba-Nya, Awak Sejijik Manusia Kenapa Angkuh?” – Sophia

Pelakon Sophia Albarakbah meluahkan rasa kesal apabila kisah silamnya yang didakwa menjadi orang ketiga rumah tangga bekas pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz kembali diperkatakan.

Menerusi ruangan komen Instagram miliknya, Sophia berkata isu yang berlaku sudah berapa tahun berlalu namun masih lagi diungkit sehingga ke hari ini.

BACA: “Demi Rating Sanggup Exploit Bella, Tak Profesional” – Anugerah Melodi Dikritik

Sophia turut mempertikaikan mengapa ada segelintir netizen yang sukar untuk memaafkan kekhilafannya sedangkan Allah boleh mengampunkan hamba-Nya.

“Dah berapa tahun punya kes, kalau asyik nak ungkit, sampai bila pun tak selesai. Sedangkan Allah pun boleh ampunkan hamba-Nya, awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat,” tulisnya.

Suasana di Anugerah Melodi Terhangat 2025 semalam menjadi bualan ramai apabila berlaku momen janggal antara Bella dan Sophia.

Turut menjadi perhatian Bella dilihat tidak bersalam mahupun memandang wajah Sophia ketika menyerahkan trofi.


Scroll to Top