“Ada Lagi Pasangan Jauh Lebih Sweet Daripada Kami” 

“Ada Lagi Pasangan Jauh Lebih Sweet Daripada Kami” 

Membawa pulang trofi Selebriti Couple Goals Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat pada Ahad lalu, Bella Astillah meluahkan rasa terharu dengan sokongan peminat serta ianya rezeki buatnya dan Syed Saddiq.

Membuat ucapan di pentas, Bella mengatakan dia percaya ada pasangan yang sudah berkahwin yang lebih layak menang namun menyifatkan ianya rezeki buat mereka.

BACA: “Dia Dah Move On, Yang Pernah Rasa Je Tahu” – Nina Ismail Sabri Kagum Dengan Bella Astillah

“Terima kasih kepada Melodi dan TV3. Saya percaya ramai akan kata pasangan yang sudah berkahwin lebih layak menang. Tapi, ini rezeki kami dan saya amat menghargai peminat yang mengundi.

“Tanpa anda semua, kita berdua tidak akan berada di atas pentas. Bella harap korang ambil yang baik sajalah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar yang berada di sisi Bella berseloroh mengatakan dia hanya watak sampingan dan sempat memuji aktres tersebut seorang ‘iron lady’.

“Saya hanya pelakon sampingan tepi Bella. Tapi adalah seorang wanita luar biasa, superwoman dan iron lady Saya bangga sepentas dengan beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkata semua pasangan yang tercalon lebih sweet daripada mereka serta berharap kerjasamanya dengan Syed Saddiq dapat memberi impak yang baik.

“Saya anggap kemenangan ini sebagai satu perkara positif kerana apa yang kami usahakan, termasuk kerjasama dengan pelbagai jenama, diharapkan dapat memberi impak yang baik,” katanya.

Sumber: Utusan


Scroll to Top