Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meluahkan rasa puas hati apabila dapat menyempurnakan pelbagai inisiatif pendidikan ketika mengadakan lawatan kerja selama dua hari di Kelantan.
Kata beliau, setiap segmen masyarakat disantuni seiring dengan pendidikan yang diperjuangkan Kerajaan MADANI adalah berdasar kepada teras ‘ihsan’, bagi memastikan bantuan dan akses pendidikan terbaik dapat diberikan.
Pendidikan Kerajaan MADANI
“Apa yang penting adalah keberhasilan daripada lawatan ini supaya manfaatnya dalam ruang lingkup pendidikan dapat dirasai seluruh rakyat di Kelantan.
“Sesungguhnya hanya menerusi pendidikan masa hadapan anak bangsa dapat diubah menjadi lebih baik. Terima kasih warga Kelantan atas layanan mesra sepanjang saya berada di sini. Lain kali saya pasti datang lagi!” katanya dalam sebuah hantaran di Facebook, hari ini.
Antara inisiatif yang disalurkan termasuklah sumbangan RM150,000 untuk tujuan penyelenggaraan di SMK Beris Panchor, RM100,000 untuk penghawa dingin Kolej Matrikulasi Kelantan, penyerahan dewan terbuka untuk SMK Manek Urai, SK Sultan Ibrahim (1), SK Tangok dan SK Gunong.
Artikel lain: Pukul rakan sekelas: KPM takkan kompromi, tindakan tegas akan diambil! – Fadhlina
Pendidikan Kerajaan MADANI
Penyampaian bantuan awal persekolahan RM150 kepada pelajar Tingkatan 6, sumbangan RM50,000 khusus bagi tujuan galakan pelajar dan untuk membantu pengoperasian institusi pondok di Kelantan.
Penyerahan dua unit papan pintar (smartboard) untuk SK Pahi dan seunit papan pintar untuk SKJT Ladang Pasir Gajah. Pemberian 142 unit peranti tablet dan baucar buku RM100 kepada pimpinan Tingkatan 6. Peluasan Program Citra Gadis Unggul @ GADIS.
Sumber: Facebook @Fadhlina Sidek