Kes kematian tragis pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, kini menjadi semakin rumit selepas peguam yang mewakili ibunya mempersoalkan integriti siasatan polis.
Ini selepas wujud penyebaran naratif yang dilabel ‘plot twist’ di media sosial yang kononnya menunjukkan Zara mengalami kemurungan disebabkan ibunya sendiri.
Lebih mengejutkan, naratif ini dikatakan berpunca daripada sekeping kertas yang digambarkan sebagai ‘diari’ milik Zara, yang didakwa menjadi ‘bukti fizikal’ dalam siasatan.
Peguam persoal siapa bocorkan kandungan fail siasatan…
Dua peguam, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, berkata jika benar kertas itu merupakan barangan peribadi yang diambil dari loker Zara oleh polis selepas kematiannya, maka besar kemungkinan kandungan siasatan telah dibocorkan kepada umum.
Jika kertas itu sememangnya sebahagian daripada barangan peribadi Zara yang diambil dari lokernya di asrama oleh pihak polis selepas kematiannya.
Ini bermakna seseorang membocorkan kandungan fail siasatan kepada umum untuk membina naratif jahat dan persepsi negatif terhadap Zara dan ibunya.- Katanya.
Ibu Zara Qairina hanya mahukan keadilan…
Menurut mereka lagi, anak guam mereka, Noraidah Lamat, tidak mengharapkan sebarang ‘kemenangan’ dalam siasatan ini.
Beliau hanya mahukan keadilan untuk anaknya, Zara. Beliau sentiasa bersedia membantu pihak polis dalam siasatan.- Kata mereka.
Untuk itu, semua pakaian dan barangan peribadi milik Zara akan diserahkan kepada pihak polis seperti yang diminta.
Oleh itu, hari ini, kami akan menyerahkan semua pakaian dan barangan peribadi Zara yang disebutkan di atas kepada polis. Pihak polis menghubungi kami semalam untuk tujuan ini.- Tambah mereka lagi.
Dalam kenyataan yang sama, kedua-dua peguam turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terus menyuarakan keprihatinan terhadap kes ini, terutamanya mereka yang memperjuangkan keadilan untuk arwah Zara.
Namun, mereka menggesa orang ramai supaya berhenti menyebarkan spekulasi yang boleh mengaitkan mana-mana pihak secara fitnah.
Pssttt! Ohmedia harap korang semua berhati-hati dalam berkongsi apa-apa maklumat di media sosial, lebih-lebih lagi kalau kes tu masih dalam siasatan. Kita tak nak berlaku salah faham atau fitnah yang boleh burukkan lagi keadaan. Biar pihak berkuasa jalankan tugas mereka dengan adil dan telus.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!