PM Anwar minta sesama PN sepakat dahulu baru runding dengan kerajaan isu peruntukan

PM Anwar minta sesama PN sepakat dahulu baru runding dengan kerajaan isu peruntukan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen pembangkang dalam Perikatan Nasional (PN) agar mencapai kata sepakat dahulu sesama mereka sebelum berunding dengan kerajaan mengenai isu peruntukan.

sepakat dahulu

Sesama PN sepakat dahulu baru runding

Memetik laporan daripada Berita Harian, beliau menegaskan bahawa kerajaan bersedia mendengar, namun sebarang rundingan harus dilakukan secara bersepadu dan bukan bersendirian.

“Saya setuju kita minta Timbalan Perdana Menteri (Fadillah untuk wakili kerajaan berunding dengan Ahli Parlimen pembangkang)… (kita) terbuka untuk mendengar.
Kalau (nak) mula (berunding) mesti ada kesepakatan antara Ahli Parlimen pembangkang terlebih dahulu. Sekarang belum sepakat.
Ada seorang dan ada berkumpulan. Ada setuju runding dan ada tak setuju berunding,”katanya dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Sesama PN sepakat dahulu, sekarang belum lagi

Anwar turut menyarankan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) agar berbincang dengan kepimpinan PN terlebih dahulu sebelum menyampaikan hasil rundingan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang diberi mandat menguruskan isu peruntukan.

Perbincangan peruntukan diurus TPM Fadillah

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut), Anwar berkata beliau bersedia untuk berjumpa, namun menegaskan perbincangan berkaitan peruntukan kekal dikendalikan oleh Fadillah.

Artikel lain: Dah diluluskan! Kerajaan tunggu keputusan mahkamah sebelum salur peruntukan kepada Syed Saddiq

Walau bagaimanapun, Anwar menyatakan beliau tidak keberatan adani pihak pembangkang mahu bertemu dengannya bagi membincangkan hal-hal lain.

Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli)

Scroll to Top