Ebit Lew akui tuduhan jenayah di media sosial ganggu emosi anak

Ebit Lew akui tuduhan jenayah di media sosial ganggu emosi anak

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tampil memberi respons berhubung tuduhan melakukan jenayah seksual yang tular di media sosial sebelum ini merupakan fitnah yang tidak berasas dan tidak benar.

Ganggu emosi anak

Ganggu emosi anak ebit lew

Menurut Ebit atau nama lengkapnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, dia berasa sedih apabila dikaitkan dengan perkara sebegitu malah mengakui emosi keluarga turut terganggu apabila menerima berita palsu tersebut.

Ebit berkata, sepanjang tempoh dakwahnya, dia tidak pernah menyangka akan diuji seberat itu dan menyerahkan segalanya kepada undang-undang untuk menegakkan kebenaran.

“Waktu itu saya tengah berdakwah di London. Terus balik ke Mekah lepas itu saya buat umrah sekejap, kemudian balik ke Malaysia dan terus buat laporan polis.
“Kemudian saya terus  buat saman dan lalui proses mahkamah. Mula-mula ada rasa marah tapi kita lebih serahkan kepada undang-undang.
“Alhamdulillah, ketika mula-mula kene tuduh begitu agak berat sebenarnya. Kali pertama ujian dia tak rasa apa-apapun tapi pada hari itu tiba-tiba rasa sedih,” kata Ebit di audio siar Soutudeen, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ebit memberitahu emosi anak perempuannya juga tidak stabil setelah menerima perkhabaran palsu yang mengatakan bahawa dirinya terlibat dalam jenayah seksual.

“Anak perempuan saya balik rumah dia nangis sebab bila di sekolah dia buka internet keluar Ebit Lew disahkan disiasat kes rogol,” jelasnya.

Ganggu emosi anak

Pendakwah berusia 41 tahun itu menceritakan proses yang dilalui selepas dituduh begitu rumit sehinggalah berjumpa seorang doktor yang menjadi penawar sedihnya sewaktu melalui saringan ujian darah di hospital.

“Bukan tuduhan kecil, saya diarahkan pergi banyak tempat, ambil darah di hospital doktor nak ambil darah untuk buat pemeriksaan pun sampai nangis.
“Dijadikan takdir dia nangis ‘ustaz saya sayang ustaz, hari-hari tengok ceramah ustaz. Dia jadi ubat hati kita yang tengah sedih.
“Saya dituduh rogol dekat hotel daripada pukul 1 hingga 2 pagi tetapi takdir Allah, hotel itu pun saya tak pernah masuk,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Caprice dedah punca Ebit Lew menang saman -“Sebab orang tu tak pernah hadir”

Sebelum ini, pada April 2023, Ebit membuat laporan polis selepas seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo, mendakwa dirinya diganggu secara seksual dan pendedahan itu dibuat dalam satu podcast bersama pempengaruh, Caprice.

Difahamkan, mahkamah telah memutuskan bahawa Mondy perlu membayar RM20,000 sebagai ganti rugi kepada Ebit atas fitnah yang dipercayai tidak benar.

Sumber: TikTok Soutudeen

Scroll to Top