Sebut saja nama Datuk Seri Aliff Syukri, sememangnya usahawan itu dikenali ramai sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan tidak kenal erti lelah untuk terus bekerja keras mencari pendapatan.
Baru-baru ini, perkongsian syarikat pengurusan acara dan katering iaiu Aina & Co. Party N Such menjadi perhatian ramai apabila dilihat memuat naik video memaparkan Aliff sedang menunaikan solat.
BACA: Masuk Hospital, Aliff Syukri Tetap Gigih Cari Rezeki Buat Live Jual Beg
Menerusi video itu turut memberitahu Aliff terus menunaikan solat maghrib sebaik saja masuk waktu sebelum sesi siaran langsung jualan beg tangan.
“Sebelum live tadi, masuk je waktu Maghrib, Aliff Syukri terus solat,” tulis hantaran itu.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Aliff yang mengutamakan perintah Allah serta menunaikan solat di awal waktu. Malah, ada netizen mengatakan ini patut dijadikan contoh dan tidak hairan Aliff bergelar usahawan berjaya.

Pada Ahad lalu, Aliff memecahkan Malaysia Book Of Records apabila mencatat jualan RM 1 Juta terpantas menerusi jualan penstriman langsung (TikTok Shop) dalam pada 2 minit 32 saat.




