Remy Ishak Pelik Video Tolong Isteri Jaga Anak Jadi Perhatian

Remy Ishak Pelik Video Tolong Isteri Jaga Anak Jadi Perhatian

Pelakon Remy Ishak meluahkan rasa hairan video perkongsiannya membantu isterinya, Ezza Yusof menguruskan serta menjaga anak menjadi perhatian ramai.

Memetik Oh Bulan, Remy berkata dia ada memba a komen dan pelik apabila tindakannya itu dipuji sebaliknya apa yang dilakukan adalah tanggungjawab serta tugas sebagai seorang suami.

BACA: “Sophia Manja, Bahaya Kalau Lelaki Kurang Iman, Tergugat” – Remy Ishak

Sementara itu, Remy turut mempersoalkan adakah suami zaman sekarang tidak sebegitu kerana dia dibesarkan dengan cara sedemikian.

“Terbaca jugalah komen dan saya rasa pelik sebab perkara ini biasa, rutin dan memang tugas seorang suami. Tak, sekarang ni suami memang bukan macam itu ke sebelum ini? Tak ada orang buat dah ke? Saya terfikir macam itulah.

“Kenapa video ini viral? Adakah dunia dah berubah dan lelaki tak buat perkara itu? Saya tak pasti tetapi saya dibesarkan dengan cara macam ini.

“Ayah saya, keluarga dan kawan saya pun memang macam ini cuma tak tahulah kalau di luar sana tak ada benda macam ini,” katanya.

Dalam pada itu, Remy berkata dia akan sentiasa membantu isterinya setiap kali ada peluang dan dia akan mengambil alih menguruskan rumah jika isterinya keluar bersama anak mereka.

“Sebenarnya isteri saya yang banyak jaga Tuah dan saya akan ambil alih benda lain. Kalau saya betul-betul cuti, barulah kita buat bersama dan saya nak luang masa bersama keluarga,” katanya.

Remy dan isterinya, Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Tuah kini berusia dua tahun.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top