Ibu Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anna Jobling  

Ibu Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anna Jobling  

 Meskipun berlaku kemelut antara dua beranak, ibu kepada Anna Jobling iaitu Ariz Arop tetap menitipkan ucapan selamat hari lahir buat anak kesayangannya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ariz memuat naik ucapan ringkas sempena ulang tahun kelahiran anaknya hari ini berserta gambar Anna ketika kecil.

BACA: “Anna Ni Memang Budak Yang Baik” – Kak KM Sebelahi Anna Jobling

Diruangan komen, rata-rata memberi kata semangat buat ibu Anna di atas ujian tersebut sementara itu ada yang mendoakan agar kemelut mereka akan dapat diselesaikan secara baik.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila ibu Anna mendedahkan dia pernah menerima injunksi pada Disember tahun lalu larangan berjumpa dengan anaknya sendiri.

Menurut Ariz lagi, perintah injunksi itu didakwa kononnya diterima kerana kelakusan kasar dilakukan terhadap Anna.


Scroll to Top