”Jangan Salah Guna Pangkat Untuk Lakukan Kerja Haram” – Zahid Hamidi | Trending – Oh! Media

”Jangan Salah Guna Pangkat Untuk Lakukan Kerja Haram” – Zahid Hamidi | Trending – Oh! Media

Trending

Zahid Hamidi beri amaran tegas kepada anggota keselamatan agar tidak salahguna kuasa. SPRM tahan 10 individu termasuk pegawai kanan tentera dalam Op Sohor.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada semua anggota dan pegawai pertahanan serta keselamatan supaya tidak sesekali menyalahgunakan kuasa.

Menurut laporan Berita Harian, Zahid berkata yang tindakan sebegitu bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi turut menjejaskan maruah dan imej pasukan keselamatan negara.

Zahid Hamidi sokong tegas pendekatan Panglima ATM

Zahid Hamidi

Zahid turut menyokong kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar yang menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kes penyalahgunaan kuasa.

Saya harap ini jadi satu pengajaran mahal untuk yang lain-lain, apa juga pasukan penguat kuasa supaya tidak melakukan kerja yang sama ataupun kerja-kerja berlainan dengan tujuan yang sama.

Kes tangkapan Op Sohor jadi amaran

Zahid Hamidi

Pesanan ini dibuat susulan penahanan 10 individu, termasuk pegawai kanan tentera dan seorang warga Indonesia, melalui Op Sohor hasil kerjasama SPRM dan pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS) minggu lalu.

Kes ini dianggap satu tamparan besar terhadap integriti pasukan keselamatan yang seharusnya menjadi benteng utama negara.

Pssttt! Kuasa datang dengan tanggungjawab besar. Jangan biarkan salah guna kuasa merosakkan kepercayaan rakyat dan menjatuhkan maruah pasukan keselamatan negara.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top