Tak berani masuk pertandingan menyanyi

Tak berani masuk pertandingan menyanyi

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi kelahiran Sabah, Rey Guntabid, 29, tidak pernah menyertai pertandingan nyanyian kerana sudah meletakkan ‘mindset’ bahawa dia ingin berkarya.

Pada masa sama, Rey atau nama sebenarnya Ryenald Guntabid juga tidak menafikanvpentas pertandingan memerlukan seseorang peserta untuk memiliki kekuatan dari pelbagai sudut.

“Mentaliti bertanding memerlukan orang yang kuat. Saya bukan bertanding sangat tapi lebih kepada berkarya dan biar karya saya menghiburkan orang lain.

“Saya tak berani nak bertanding sebab saya rasa suara saya tak cukup kuat untuk bertanding,” katanya.

Abang kepada penyanyi yang juga peserta Calpis Soda One In A Million, Eylia Guntabid itu juga mengakui lebih sanggup untuk berkarya daripada bertanding.

“Kalau masuk bertanding, suara kena macam Ernie, Elica Paujin, Stacy, Marsha dan sebagainya. Saya tidak sanggup. Jadi saya berkarya saja,” katanya.

Terbaharu, Rey tercalon dalam kategori Vokal Terbaik dan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) menerusi lagu Lumangad Oku Dika.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top