Pemuda ditahan disyaki lakukan perbuatan seksual terhadap remaja

Pemuda ditahan disyaki lakukan perbuatan seksual terhadap remaja

am@hmetro.com.my

Lahad Datu: Lelaki tempatan berusia 20 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan perbuatan seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah di Jalan Silam, di sini.

Suspek ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu jam 1.15 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, tangkapan dilakukan selepas menerima laporan berkaitan insiden itu yang membabitkan remaja terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis memandang serius kes seumpama ini dan tindakan tegas akan diambil bagi melindungi keselamatan serta kebajikan kanak-kanak dan remaja daripada menjadi mangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top