Pelakon, Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa geram apabila ada segelintir netizen yang mengutuk wajah suaminya iaitu Datuk Paduka Kaisaer Gurmeet.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Eina berkata apa yang penting suaminya dilihat kacak di matanya dan sebagai isteri dia terkesan apabila ada yang berkata negatif mengenai suaminya.
BACA: “Saya Tak Kisah Orang Nak Kata Kurus Macam Popeye, Rambut Hitam Pontianak”
“Saya daripada dulu memang pilih muka. Yang penting, dia kacak di mata saya. Kalau suami saya buruk sangat anak-anak saya tidak akan comel.
“Yang cakap-cakap pasal suami saya tidak kacaklah, macam orang bangla, awak tu cantik dan kacak sangat ke? Saya geram bila baca komen negatif. Bila tunjuk dekat suami saya, dia ketawa saja. Tapi saya sebagai seorang isteri terkesan kerana suami saya tidak kacau kalian pun,” katanya.
Sementara itu, Eina berkata jika memiliki rupa yang kacak jika malas bekerja tiada gunanya dan rupa paras kacak tidak boleh hidangkan makanan di atas meja.
“Aubrey dan Karl itu Allah bagi sama rata. Seorang lagi mini saya dan seorang lagi iaitu Karl mini suami saya.
“Kalau kacak tetapi malas kerja, buat apa? Kalau harap muka saja tetapi isteri yang kena bekerja siang dan malam, buat apa? Kalau kacak tetapi seorang yang suka mainkan hati perempuan juga, buat apa? Rupa paras yang kacak saja tidak boleh hidangkan makanan atas meja,” katanya.
Eina dan Datuk Paduka Kaisaer mendirikan rumha tnagga pada 31 Ogos 2014. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl kini berusia sembilan tahun.
Sumber: Oh Bulan




